Sulit
2 tahun
Zakar beurat dibahagian tepi zakar sampai ke bawah
Hello doctor sya nak tnya Kenapa zakar saya ada urat besar dibahagian tepi zakar dan dia keras sedikit boleh tak saya nak tahu apa sebabnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang pasti dengan kenyataan yang diberikan oleh anda. Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami gejala sedemikian:
- Hidrosele
- Varikosele
- Darah beku
- Parut disebabkan luka ataupun pembedahan
Selain itu, adalah normal untuk mempunyai zakar yang berurat sekiranya ia tidak mendatangkan sebarang gejala.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya anda mengalami gejala di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan lanjut:
- Sakit ketika membuang air kecil
- Sakit ketika zakar menegang
- Sakit semasa ejakulasi
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan seksual
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.