Anonymous

5 tahun

Zakar dan testis ada bintik2, adakah ini ketuat?

dr, kt kulit zakar n testis saya ada bintik2 . tapi xgatal mana pun. adakah itu ketuat kelamin? macam mana nak menghilangkan bintik2 yg tumbuh itu…

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera.

Ketuat, atau genital warts, merupakan sejenis ketumbuhan kulit yang disebabkan oleh virus human papilloma virus atau HPV. HPV biasanya merebak melalui hubungan seks atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya akan timbul 3 minggu hingga 3 bulan selepas terdedah kepada jangkitan HPV. Bukan semua jangkitan HPV akan menyebabkan ketuat tetapi orang yang mempunyai sistem pertahanan yang rendah akan mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ketuat biasanya merupakan ketumbuhan yang timbul dan berwarna kulit. Ia kasar dan lembut. Biasanya ketuat tidak akan menyebabkan kesakitan atau kegatalan.

Jangktian HPV merupakan sejenis jangkitan kelamin. Oleh itu, anda mempunyai risko untuk menghidap jangkitan kelamin yang lain seperti gonorrhoea dan chlamydia. Jangkitan kelamin yang lain boleh menyebabkan ketumbuhan yang mirip dengan ketuat. Justeru itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal serta ujian lain untuk mengenalpasti sama ada ketumbuhan tersebut adalah ketuat.

Ketuat yang kecil biasanya akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Terdapat pelbagai jenis ubat sapu yang boleh digunakan untuk membuang ketuat. Ubat sapu untuk ketuat biasanya mengandungi ubatan seperti salicylic acid, imiquimod, tricholoacetic acid atau podophyllin. Ubatan sapu harus digunakan setiap hari sehingga 12 minggu untuk membuang ketuat dengan berkesan. Ubat sapu ini tidak boleh digunakan pada bahagian muka.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)