
hairi_fly160
4 tahun
Zakar depan bentuk cendawan warna merah itu sensitif bila berjalan sentuh seluar
Saya lelaki berumur 28 tahun.
Masalah yang saya hadapi sekarang adalah zakar depan sekali berbentuk cendawan merah itu sakit sensitif apabila saya memakai seluar.Ianya akan sakit apabila saya berjalan dan zakar juga bergerak maka terkena pada seluar tersebut…
Punca kejadian ialah disebabkan saya tidak memakai seluar dalam dirumah,dan saya ingin check zakar saya dengan membuka bahgagian pinggang terus tali benang dalam seluar sukan terseret kuat ke kepala zakar merah berbentuk cendawan itu sekaligus ianya jadi terhakis atau terseret oleh benag dalam seluar…terus keesokannya zakar saya sensitif.
Jadi kepala zakar saya macam melecet permukaan atas kulit yg atas menyebabkan berlaku ngilu pada keseluruhan kepala zakar saya.
Kesimpulanya,bagaimanakah saya perlu merawatnya dan adakah kulit yang terhiris atau terseret pada kepala zakar itu akan tumbuh kembali dan kuat kembali seperti asal?
dah 2 minggu kepala zakar saya ngilu macam tak boleh baik…
macam mana ya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Lazimnya gejala yang anda alami boleh disebabkan
- kesan trauma pada permukaan zakar
- kesan trauma yang diiringi gejala alahan
- kesan trauma yang diiringi jangkitan kuman
Namun terkait pengubatan, adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan yang lebih terperinci boleh dilaksanakan terlebih dahulu, bagi menetukan pengubatan apa yang lebih sesuai bagi menangani kondisi kelamin anda.
Umumnya lapisan luaran kulit boleh tumbuh kembali, namun ia perlu melalui proses pemulihan yang rapi, proses yang memerlukan observasi dari doktor terlebih dahulu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.