
Sulit
4 tahun
Zakar depan berbentuk cendawan merah sensitif ketika menyentuh seluar
Saya seorang lelaki berusia 28 tahun.
Masalah yang saya hadapi sekarang ialah zakar depan berbentuk cendawan merah sensitif terhadap kulit kepala zakar ketika saya memakai seluar. Ia akan terasa sakit ketika saya berjalan dan zakar juga bergerak kemudian menyentuh seluar maka akan berlaku kesakitan yang ngilu sangat2 dan sensitif.
Punca kejadian adalah kerana saya tidak memakai seluar dalam di rumah, dan saya ingin memeriksa zakar saya dengan membuka bahagian separuh pinggang seluar dan Tiba-tiba benang di seluar sukan terseret kuat ke kepala zakar merah berbentuk cendawan itu,dan pada masa yang sama ia terhakis atau diseret oleh benang di seluar menyebakan ngilu sensitif.
Jadi kepala zakar saya ngilu terhakis pada permukaan kulit bahagian atas yang menyebabkan sakit di seluruh kepala zakar saya.
Doktor,Bagaimana saya harus merawatnya dan kulit yang dihiris atau diseret di kepala zakar akan tumbuh semula dan kembali kuat seperti asal semula?
Sudah 2 minggu kepala zakar saya sakit kerana tidak boleh berjalan seperti orang biasa disebabkan sakit ngilu yang amat kuat semasa ingin berjalan memandangkan kepala zakar bila kena seluar akan sakit.
Adakah kulit kepala zakar yang nipis akan tumbuh kuat kembali?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Lazimnya gejala yang anda alami boleh disebabkan
- kesan trauma pada permukaan zakar
- kesan trauma yang diiringi gejala alahan
- kesan trauma yang diiringi jangkitan kuman
Namun terkait pengubatan, adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan yang lebih terperinci boleh dilaksanakan terlebih dahulu, bagi menetukan pengubatan apa yang lebih sesuai bagi menangani kondisi kelamin anda.
Umumnya lapisan luaran kulit boleh tumbuh kembali, namun ia perlu melalui proses pemulihan yang rapi, proses yang memerlukan observasi dari doktor terlebih dahulu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.