
Anonymous
2 tahun
Zakar erect bila bangun
Saya lelaki umur 29. Bila bangun setiap pagi, zakar saya telahpun erect.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap gejala yang dialami oleh anda. Yang pasti, semua lelaki pasti akan mengalami fenomena ini. Dan ketahui lah, fenomena zakar mengeras waktu pagi bukanlah sesuatu penyakit tetapi ia merupakan petanda yang baik yang menandakan anda masih lagi mampu dan memiliki daya seksual yang sihat. Lelaki normal mungkin mengalami beberapa kali ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga waktu bangun tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak iaitu pada fasa REM (Rapid Eye Movement).
Jika anda mempunyai keraguan terhadapa hal ini, anda disarankan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan selanjutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih