
Sulit
3 tahun
Zakar kecil seperti budak 13 tahun
Saya mempunyai zakar yang kecil macam budak 13 tahun tapi umur saya sudah 23 tahun masih mempunyai zakar yang kecil tidak seperti orang dewasa apakah sebab demikian , apakah itu normal atau ada masalah lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ukuran zakar tidak akan mempengaruhi fungsinya. Fungsi kekakuan dan ejakulasinya adalah lebih penting daripada ukurannya. Oleh itu, sekiranya fungsi anda adalah biasa, ia adalah normal.
Selain itu, ukuran zakar purata untuk orang asia adalah 4.3 inci. Sekiranya anda masih bimbang atau kegelisih pada ukuran anda, anda boleh merujukkan masalah ini kepada doktor pakar lelaki (urologi) untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.