
kamarudinazaman
4 tahun
Zakar keluar nanah kencing sakit
Assalammualaikum saya Muhammad Nur Kamarudin 23tahun lelaki ingin bertanya dan berharap balasan doktor saya nak tanye tentang penyakit saya.dah 1minggu dah nak pergi Chek saya takut jarum .mula2 pagi tu terasa nak kencing sakit.lepas tu saya nak mandi ada nanah dekat seluar saya.mula2 sikit makin lama makin banyak nanah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang zakar menegeluarkan nanah dan sakit ketika kencing.
Untuk makluman anda, antara penyebab nanah keluar daripada zakar adalah:
- Jangkitan STI ( sexual transmitted infections )
- Jangkitan Syfilis yang menyebabkan Chancre
- Alahan kulit kelamin ( Contact dermatitis )
- Keradangan kulit ( Ekzema )
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis
- Chancroid yang disebabkan oleh STI.
- Jangkitan kuman pada salur kencing yang merebak pada alat kelamin
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Saya menasihatkan anda untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar. Sila dapatkan juga rawatan daripada doktor kerana situasi sebegini boleh memberikan komplikasi yang serius.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.