
Anonymous
5 tahun
Zakar Lembik dan Senak pada bahagian biji zakar
Saya remaja berumur 19 tahun.Saya terpengaruh dgn kwn sy utk beronani.Saya nk berhenti tpi tk boleh.ada sekali tu sy pancut.lpstu zakar tibe tibe lembik dan sensk pd bhgian bwh kerantung biji zakar.sy trkjut slalu tk mcm ni.sy pun trtdur.Sy bgun tdur zakar sy tak menegang. puas sy cuba utk tegangkan.sy runsing klau sy dh alami mati pucuk. lps 2-3 jam sy lega,zakar sy dh tegang. Dlm 2 hri slps tu,sy trtnya tnya knpa rse mcmtu. sy pun try nk pancutkan mcm selalu buat.tpi yg kluar cecair yg sedikit dan hnya membasahi kepala zakar shj.tiba tiba zakar sy lembik dan senak bhgian bwh kerantung biji zakar. so skrg sy nk tnya knpa jdi mcmni.dan mnghrpkan bantuan doktor.saya risau skrg ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.