
Sulit
4 tahun
Zakar mati pucuk dan lemah
Jika seseorang lelaki itu mati pucuk adakah wanita berpeluang untuk mengandung?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk pengetahuan anda, seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Mati pucuk merupakan salah satu dari gejala yang dapat terkait dengan kemandulan seorang lelaki. Antara penyakit lain yang terkait dengan kemandulan lelaki juga termasuk:
- gangguan sperma (i.e. oligospermia, asthenospermia, teratospermia, azoospermia, dll )
- gangguan semen (i.e. aspermia atau kelainan semen yang lain)
- ejakulasi prematur
- kelainan struktur zakar
- dan lain-lain
Walaupun faktor-faktor yang terkait dengan kemandulan ini lazimnya boleh menurunkan kebarangkalian kehamilan untuk berlaku. Saya sarankan anda (dan pasangan sekiranya sudah berkahwin) merujuk dengan lebih terperinci tentang masalah ini kepada doktor pakar.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.