
Sulit
4 tahun
Zakar mengeluarkan cecair putih
Saya berusia 30 tahun dan saya perasan baru baru ini ketika ingin membuang air kecil, ada cecair putih keluar pada kemaluab saya. Ianya tidak kerap tetapi sudah 2 atau 3 kali saya perasan yang ada cecair itu. Kemudian pada testis saya ada dua bulatan kecil tetapi bukan luka cuma seperti kesan bulat. Mohon pencerahan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, keluarnya keputihan dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat anda perlu membuat pemeriksaan daripada doktor di klinik berdekatan. Beberapa maklumat perlu dipertimbangkan sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.