
Sulit
4 tahun
Zakar mengeras lama dan air mani yang cair
Hai doctor. Saya ingin bertanya normal ke zakar suami saya keras kembali dengan cepat walaupun baru selesai melakukan persetubuhan? Dan mengapa ada kalanya air mani suami saya ada kala pekat dan ada kala begitu cair? Sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pada pandangan saya ini bukan masalah kesihatan yang perlu dirisaukan. Ianya adalah normal untuk zakar suami anda mengeras lagi sekiranya dia teransang. Selain itu, kepekatan air mani boleh jadi berbeza setiap masa.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.