
Sulit
4 tahun
Zakar menjadi bengkak dan gatal
Assalamualaikum & Salam Sejahtera doctor.
Saya mengalami bengkak dan gatal pada zakar. Pada mulanya mengalami gatal dan terdapat seperti biji keras dia bahagian kepala zakar. Dan selepas itu mengalami gatal pada bawah zakar. Dan sekarang sekeliling bawah kepala zakar mengalami gatal dan membengkak. Kencing normal dan tidak sakit. Boleh dapat solusi tak doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kerisauan yang anda alami atas kondisi yang berlaku. Kegatalan dan bengkak yang anda alami mungkin telah mengganggu aktiviti harian anda .
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan bengkak dan gatal pada bahagian zakar antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Keradangan kulit akibat jangkitan kulat, virus atau kutu
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Kudis atau scabies
Setiap penyakit diatas memerlukan pemeriksaan dan rawatan yang berbeza.
Jangan biarkan penyakit bahagian kemaluan menghantui anda ! Dapatkan nasihat pakar yang bertauliah.
Saya menasihatkan anda untuk membuat pemeriksaan lanjut tentang kondisi yang anda alami di Hospital atau klinik berdekatan. Anda juga boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan kami bagi mendapatkan khidmat konsultasi dan nasihat secara peribadi. Terima kasih .