
hairi_fly160
5 tahun
Zakar pedih bahagian bawah zakar
Saya ada sakit zakar di bahagian bawah kulit warna merah dan terasa pedih apabila bergeser dengan telur.
Jadi bolehkah saya letakkan ais pada bawah batang zakar untuk surutkan kesakitan saraf atau saluran darah tersumbat supaya saraf atau tisu zakar tak sensitif lagi?
Adakah bahaya letak ais pada kulit batang zakar ?atau zakar akan kecut merbahaya jika letak ais batu tu untuk sapu lama sikit biar dalaman saraf atau tisu tak sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan pada produk pencuci
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kelamin
Ais tidak boleh untuk digunakan untuk merawat penyakit diatas dan anda tidak disarankan untuk menggunakannya pada alat sulit anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.