
Sulit
4 tahun
Zakar rasa panas selepas bbrapa jam kencing, mlm sukar tido sbb zakar panas, kdg² gatal dan cecair jernih
Sy lelaki, kemaluan zakar sy sekarang terasa saannnggaatt panas, kurang selesa(x normal) dan kdg² rsa gatal bhgian urethra (saluran)nak garu xdpt sbb dkt pangkal saluran…
Bulan 10 .2020 zakar sy pernah discaj cecair putih kekuningan mungkin nanah, dan sy ke klinik utk swab diagnose STD dan ambil darah utk hiv test sbb sy prnah langgan tukang urut…alhamdulillah semuanya tiada apa²…dan doctor bgi sy 2 biji pil antibiotik azithromycin dan suntikan recophin…
Kemudian semuanya sudah baik…
Tapii sy buat silap, sy ulang prbuatan sy semula ,sy expose diri sy dgn pelanggan lain:pensive: 3 mggu kmudian sy rasakan zakar sy panas slps kencing, kurang selesa, kdg² rasa gatal di urethra…kmudian sy ke klinik lgi, slps diagnose smua, tiada apa² doc kata…hnya luka² kecil shaja dlm saluran, atau saki baki kuman yg tnggl…doc nsihatkan minom air byk², tapi doc tak bagi apa² antibiotik pd sy…tp skrg sudah hampir 1 bln lebih sy rsa zakar sy panass sgtt…slps mandi, panas sblum tidur…sy buntu sudah, kalau sy pergi klinik, doc kata hnya bacteria biasa…mohon minta penjelasan yg arif, admin.
Sy btul² insaf dgn prbuatan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda alami selain daripada jangkitan penyakit kelamin seperti:
- Keradangan uretra (Urethritis)
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan yis
- Keradangan kelenjar prostat
- Kanser
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Disebabkan masalah ini telah berlaku selama sebulan, saya sarankan anda untuk ke klinik dan dapatkan kesimpulan dan rawatan yang sepatutnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.