Sulit
2 tahun
Zakar sakit selepas keluar air mani
saya lelaki18 tahun dan pernah melakukan masturbasi kurang 10 - 15 kali sepanjang hidup , baru baru ni saya mimpi basah dah air mani terkeluar, tetapi selepas bangun tidur saya dapati zakar saya sakit , selepas onani pun zakar terasa sakit , apa langkah yang bagus untuk memastikan zakar saya berada pada prestasi terbaik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.