
Sulit
3 tahun
Zakar saya amat kecil seperti saiz zakar kanak-kanak yang belum sampai umur ataupun akil baligh
Saya remaja berumur 18 tahun,saya berbadan besar,zakar saya amat kecil.Mungkin seperti kanak-kanak yang belum baligh sahaja.Apabila saya duduk,zakar saya seperti tiada.Adakah masalah ini berbahaya dan bolehkah zakar saya membesar seperti remaja yang normal?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda bimbang akan saiz zakar anda yang kelihatan kecil. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, saiz zakar akan berhenti membesar dan terbentuk sepenuhnya setelah umur puberti. Ia tidak akan mengecil atau membesar setelah puberti selesai. Oleh yang demikian, masalah zakar mengecut hampir mustahil berlaku.
Namun begitu, bagi individu berbadan besar, zakar mereka akan kelihatan kecil atau mengecut lebih daripada orang lain. Hal ini kerana, saiz relatif zakar yang tidak berubah dan lebih kecil daripada lemak yang tersimpan pada abdomen. Lemak ini boleh semakin berkembang jika individu tersebut semakin obese, lalu menyebabkan zakar seolah-olah hilang daripada bahagian bawah abdomen.
Nasihat kami adalah supaya anda mendapatkan semula kadar berat badan, BMI dan ukur lilit pinggang yang normal. Kadar ukur lilit pinggang normal bagi lelaki mestilah kurang daripada 80-90cm, manakala BMI normal adalah bawah 24kg/m^2. Jika anda mahukan maklumat lanjut perihal masalah ini, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.