
pravinrajkanesan
2 tahun
Zakar saya pendek..saya nak zakar panjang
Apa yang saya perlu melakukan bagi memastikan zakar saya besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Pihak kami kurang pasti mengapakah anda inginkan sedemikian, adakah mengganggu aktiviti seksual anda, atau terdapat sebarang masalah seperti zakar tidak tegang atau ejakulasi awal? Untuk makluman tuan, zakar pada keadaan normal akan kelihatan kecil dan biasanyaselepas terdapatrangsangan seksual saiz dan kepanjangan zakar bertambah secara semula jadi apabila ia menegang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih