
Sulit
3 tahun
Zakar Saya tiba tiba tidak tegang
Hai doktor , saya baru umur 16 tahun . Sejak dua hari lepas , kenapa zakar Saya tiba tiba tidak berfungsi atau tidak tegang ? Bangun pagi sama juga . Mohon bantu .

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, tidak tegang pada waktu pagi boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Kelesuan atau keletihan
- Tidur lewat (rehat yang kurang memuaskan)
- Gaya hidup yang kurang sihat atau tidak teratur
- Kurang bersukan
- Makanan berminyak, kurang zat dan nutrisi dari sayur dan buah
- Guna berlebihan
- Merokok
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah