
Sulit
5 tahun
Zakar sukar lentur setelah memanjang
Dulu sy ketagih onani(14-17 tahun)…lepas tu,sy sedar,tiap kali sy stim…zakar tu jd keras dan tak boleh tekan ke bawah atau lentur ke bawah…zakar tu keras dan bila nk lentur je bawah…rasa senak pada zakar…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan alkohol dan dadah
- Trauma
- Masalah Tulang belakang dan saraf
- Ubat seperti antidepresan, antihipertensif alpha blocker, terazosin, ubat pencair darah
- Barah zakar (jarang-jarang)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.