
Sulit
5 tahun
Zakar tak tegang lama
Umur saya 24 tahun. Semasa saya lakukan hubungan, pada awalnya zakar saya mengeras seperti biasa setelah beberapa minit ia jadi tidak keras/lembik. Zakar saya boleh dirawat ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar tidak menegang lama boleh disebabkan:
- Mati pucuk
- Ejakulasi pra-matang - apabila sudah mencapai klimaks, zakar akan terus hilang ketegangan
Bagi merawat kondisi yang dialami anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Penggunaan ubat sapuan atau ubat telan - ubat-ubat ini memerlukan preskripsi kerana kesannya yang berbahaya jika mempunyai masalah kesihatan yang lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.