
muhammadsyazwan69
5 tahun
Zakar tak tegang seperti biasa
Salam. Sy ada masalah iaitu zakar sy tak tegang mcm biasa. Tegang tu ada tapi sekejap sahaja. Adakah sy kurang tenanga batin ke sy ada penyakit lain. Ada ke ubt yg boleh sy beli d mana mana utk bagi sy kembali normal. Sedih sesangat dgn masalah sy. Sy dh berkahwin dlm 1thn 4 bulan dan blm ada zuriat. Bnda ni berlaku dlm minggu lepas. Minggu sebelum ni sy akan ada aktiviti dgn isteri sy 2 ke 3 kali s3minggu tapi dlm 2 minggu ni x dpt. Sb tegang tu sekejap sahaja. Tolong sy doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ‘mati pucuk’ ini boleh disebabkan:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
Antara langkah menangani isu ini ialah dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Ubatan
Untuk pengambilan ubat-ubatan, anda perlu mendapatkan preskripsi dahulu kerana status kesihatan anda perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.