
Sulit
5 tahun
Zakar terasa semut semut
Zakar saya terasa semut semut dan kebas,ketika hendak kencing akan terasa sakit dan sukar utk membuang aor kecil,dalam masa yang sama masih terasa semut2

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit yang dialami boleh jadi disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Penile fracture iaitu apabila terdapat saluran dalam zakar yang pecah
- Abses penis
- jangkitan kelamin
- masalah saraf
- elektrolit tidak stabil
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kontusio penis
- Amputasi penis
Memandangkan bahagian ini adalah penting buat kesihatan seksual serta reproduktiviti anda di masa depan, justeru adalah digalakkan untuk anda merujuk ke doktor agar masalah tidak memburuk. Sekiranya dibiarkan dikhuatiri akan mempengaruhi kesuburan dan kualiti hubungan seksual anda.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.