
Sulit
5 tahun
Zakar terlalu sensitive
Saya berumur 22 tahun dan akan berkahwin tahun hadapan.tetapi saya ade masalah terlalu cepat pancut,kadang baru pegang ta sampai beberapa minit sudah terpancut.saya da cuba bermacam product tapi ta berhasil and saya takut ta dapat untuk tunaikan tanggungjawab saya pada bakal isteri akan datang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cepat pancut atau zakar sensitif boleh diertikan sebagai ejakulasi pramatang.. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rendah serotonin (sejenis neurotransmitter otak yang mengawal nafsu seksual)
- Usia
- Psikologi seperti perasaan negatif memberi impak terhadap nafsu seksual
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.