
Sulit
5 tahun
Zakar tidak keras ketika melakukan hubungan seami isteri
Saya lelaki umur lewat 20-an.saya mempujyai masalah zakar tidak keras ketika melakukan hubungan seks.zakar saya keras pada awal nya apabila masuk selepas beberapa saat jadi lembik semula. Dan perlu dipegang atau divelai semula akan keras semula.kenapa ya?ubada ubat tak?saya malu dgn isteri saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar tidak dapat mengeras ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Walaupun anda mengamalkan gaya hidup sihat, penyakit-penyakit yang disebutkan diatas masih boleh terjadi. Bagi membantu masalah zakar tidak menegang ini, anda perlu bercakap dengan salah seorang doktor kami di talian kerana ubat yang digunakan memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.