
Sulit
4 tahun
Zakar tidak keras waktu pagi
saya lelaki berumur 30 kemungkinan lemah syahwat.waktu nak bersama zakar tidak tegang dan keras.bangun pagi zakar tidak keras

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah mati pucuk berlaku akibat pelbagai faktor. Ia boleh berlaku akibat masalah pada salur darah, saraf atau hormon yang mengawal ketegangan batang zakar. Selain itu, kajian menunjukkan faktor emosi atau gangguan psikologi merupakan punca yang paling kerap menjadi penyebab kepada masalah ini. Mati pucuk yang berpunca daripada masalah salur darah selalunya terjadi kepada mereka yang menghidap kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol serta yang menghidap masalah jantung. Pesakit yang mengalami kecederaan pada batang zakar atau pada tulang belakang adalah contoh penghidap mati pucuk akibat masalah saraf. Selain itu ubat ubatan atau kesan penyalah gunaan dadah juga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Contoh ubat yang mempunyai kesan sampingan mati pucuk adalah ubat bagi masalah kemurungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat pakar urologi (Urologist) secara panggilan melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar urologi arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif lelaki dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual lelaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.