
Anonymous
5 tahun
Zakar tidak tegang ketika demam denggi
salam dr…saya telah disahkan positif denggi pada minggu lepas dan saya tidak mula demam sekitar 2 hari lepas…namun saya tetap cek darah setiap hari
saya perasan apabila sejak saya mula menghidap denggi zakar saya tidak langsung tegang dan selepas bangun tidur pagi juga masih tidak tegang
apakah yang perlu saya lakukan dr?
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah zakar tidak tegang atau mati pucuk atau ejakulasi pramatang yang anda hadapi boleh jadi saling berkaitan. Untuk makluman pihak tuan antara punca masalah zakar tidak tegang atau mati pucuk adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Masalah ejakulasi pramatang pula boleh berlaku akibat psikologi dan biasa berlaku dalam kalangan lelaki yang menghadapi masalah ereksi kerana mereka mahu segera mencapai ejakulasi sebelum zakar mereka tidak tegang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.