
Sulit
3 tahun
Zakar tidak tegang sepenuhnya
zakar tidak lagi menegang lama ketika bersama.masalah ini terjadi dengan tiba-tiba sehingga sekarang.sebelum ini keadaan normal sahaja.zakar juga pancut lebih awal.saya bukan perokok,tidak minum alkohol,bukan pesakit kencing manis.masalah ini terjadi selepas 1-2 minggu saya bersenam

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda menyatakan kerisauan anda terhadap gejala zakar lemah dan tidak menegang lama. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mati pucuk berlaku apabila seorang lelaki tidak dapat mencapai ketegangan zakar atau tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar ketika melakukan hubungan seksual.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah ini.
Begi mereka yang masih mudah, masalah ini biasanya berlaku akibat gangguan psikologi atau kecederaan zakar.
Bagi mereka yang lebih berusia pula, masalah mati pucuk biasanya berkaitan penyakit yang menyebabkan gangguan saluran darah seperti darah tinggi dan kencing manis.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan merawatnya, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.