Kencing Manis

Punca Dan Penyebab Diabetes Jenis 2

Baca Soalan

Punca kencing manis jenis 2

  • Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus, di mana terdapat kadar gula (glucose level) yang tinggi kerana kekurangan insulin atau terdapat rintangan (resistance) badan terhadap hormon insulin.
  • Insulin sangat penting dalam proses untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Hormon insulin membenarkan sel dalam badan untuk mengambil gula dalam darah untuk digunakan sebagai tenaga.
  • Oleh itu pengurangan kadar insulin yang dihasilkan atau sel badan tidak lagi bertindak balas terhadap hormon insulin akan menyebabkan kadar gula dalam darah menjadi tinggi untuk satu tempoh yang lama, dan inilah yang dikenali sebagai diabetes mellitus.
  • Terdapat 2 kategori penyebab kencing manis, iaitu primer dan sekunder. Kebanyakan kencing manis adalah disebabkan oleh primer diabetes mellitus.
  • Klasifikasi kencing manis primer ialah:
  • Diabetes Jenis 1

    • Jenis kencing manis ini adalah kerana sel imunisasi badan menyerang sel pankreas dan menyebabkan kurangnya insulin yang boleh dihasilkan dan digunakan oleh badan. Kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak.
    • Mereka boleh mendapat satu kondisi yang serius di mana ia dipanggil diabetic ketoacidosis.
    • Keadaan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera. 
  • Diabetes Jenis 2 

    • Jenis kencing manis ini merupakan yang paling banyak iaitu sebanyak 80-90% pesakit yang terkesan. Penyakit ini biasanya muncul apabila pesakit telah berumur dan juga mungkin sudah mempunyai komplikasi akibat penyakit ini.
    • Penyebab utama penyakit diabetes jenis 2 ialah gaya hidup yang tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan. 
  • Latent Autoimmune diabetes in adulthood (LADA)

    • Pesakit mempunyai simptom seperti penyakit diabetes jenis 2 tetapi juga mempunyai diabetic ketoacidosis. Ujian genetik boleh mengesan penyakit ini. Namun penyakit ini sangatlah jarang terjadi.
  • Maturity onset diabetes of the young (MODY)

    Pesakit muda yang mempunyai diabetes jenis 2 dan ini juga boleh dikesan menggunakan ujian genetik. Namun penyakit ini sangatlah jarang terjadi.

  • Klasifikasi kencing manis sekunder pula ialah:
    • Disebabkan oleh ubat seperti steroid dan thiazide

    • Disebabkan oleh penyakit pankreas seperti radang pankreas dan kanser pankreas

    • Penyakit endokrin lain seperti Cushing disease, acromegaly, thyrotoxicosis.

  • Di atas merupakan penyebab-penyebab diabetes. Namun, penulisan kali ini akan memfokuskan tentang penyebab dan risiko mendapatkan diabetes jenis 2 kerana ia merupakan jenis kencing manis paling banyak berbanding yang lain.

Faktor risiko penyakit kencing manis jenis 2

  • Faktor risiko diabetes melitus jenis 2 boleh dibahagikan kepada beberapa faktor seperti di bawah. Kesemua faktor ini akan menyebabkan sama ada badan mempunyai kurang insulin atau badan tidak lagi responsif terhadap insulin ataupun kedua-duanya sekali.
  • Faktornya adalah:
  • Pemakanan yang tidak seimbang
    • Pengambilan makanan dan minuman bergula tinggi adalah antara penyumbang utama masalah diabetes. 
  • Gaya hidup yang tidak sihat 
    • Tidak bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang juga merupakan faktor risiko utama. Tidur yang tidak cukup dan stress akan meningkatkan hormon steroid di mana ini akan menyebabkan insulin kurang berkesan dalam badan. 
  • Faktor yang tidak boleh diubah
    • Keturunan keluarga mempunyai kencing manis, umur yang meningkat, jantina lelaki dan wanita bersalin dengan bayi melebihi 4.5kg adalah golongan yang mempunyai risiko lebih besar untuk mendapatkan kencing manis.

Written by: Dr Sashini Seeni

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy