Kencing Manis

Gejala Dan Petanda Diabetes Jenis 2

Baca Soalan

Apakah gejala penyakit diabetes?

  • Kencing manis ialah penyakit gula tingi dalam darah kerana kegagalan metabolisma badan dalam membenarkan sel badan menggunakan gula dalam darah sebagai sumber tenaga.
  • Ini terjadi kerana kekurangan insulin, rintangan insulin oleh badan atau kedua-dua sekali. Diabetes jenis 2 merangkumi sebanyak 80-90% kes diabetes mellitus.
  • Tanda dan gejala kencing manis jenis 2 dan 1 adalah sedikit berbeza.
  • Ciri-ciri seseorang mempunyai tinggi risiko penyakit kencing manis jenis 2 adalah:
    • Obesiti
    • Lelaki berusia
    • Perokok
    • Meminum alkohol dengan banyak
    • Mereka ini dinasihatkan untuk datang dan berjumpa doktor untuk melakukan ujian darah sebelum menentukan sebarang diagnosis.

Apakah tanda seseorang menghidap kencing manis?

  • Terdapat banyak simptom kencing manis, bergantung kepada tahap keseriusan penyakit kencing manis. Namun kesemua tanda ini tidak memberi makna bahawa seseorang menghidapi diabetes jenis 2.
  • Satu ujian darah iaitu HbA1C perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang diagnosis boleh dibuat. Berikut merupakan antara gejala yang boleh dialami pesakit kencing manis.
  • Kerap kencing dan haus yang terlampau. Kerap kencing juga dikenali sebagai (polyuria) dan haus terlampau ialah (polydipsia). Gejala-gejala ini terjadi kerana tindak balas dalam usaha untuk mencairkan darah dari kepekatan gula yang tinggi.
  • Selain itu, gula atau glukosa adalah partikel besar dan secara normal tidak boleh dikeluarkan melalui buah pinggang. Kerana keadaan memaksa, glukosa masih akan dikeluarkan dan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ini digelar diabetic nephropathy.
  • Tanda kerosakan buah pinggang ini ialah:
    • Darah tinggi yang semakin teruk
    • Bengkak kaki dan badan
    • Kekeliruan melampau
    • Muntah
  • Lesu, letih dan tidak bermaya juga adalah antara tanda penyakit kencing manis. Ini kerana badan tidak mampu menggunakan gula dalam darah sebagai sumber tenaga.
  • Akibatnya walaupun seseorang mengambil kalori yang tinggi ini masih tidak boleh membantu meningkatkan tenaga yang anda.
  • Akibatnya lebihan gula ini akan ditukar menjadi lemak dan pesakit akan mengalami metabolic syndrome, iaitu kegemukan atau obesiti.
  • Selain itu, akibat gula yang tinggi sistem saraf boleh terganggu. Kerosakan sistem saraf dinamakan diabetic neuropathy.
  • Tandanya ialah pesakit akan sering merasa kebas di tangan atau kaki. Jika pesakit mempunyai diabetes untuk jangka masa yang lebih lama dan tidak terkawal, mereka boleh hilang sensasi di kaki atau tangan mereka secara total.
  • Penglihatan semakin teruk atau kabur juga merupakan petanda seseorang mengalami penyakit kencing manis. Ini dipanggil diabetic retinopathy.
  • Seterusnya, tanda seseorang menghidapi kencing manis adalah apabila pesakit mempunyai luka atau ulser di kaki yang susah atau lambat sembuh
  • Namun harus diingat bukan semua pesakit mempunyai simptom-simptom ini, malah kebanyakan simptom penyakit kencing manis adalah akibat gula tinggi dalam darah buat masa yang lama.
  • Jadi sebelum seseorang mendapat semua gejala ini, lebih baik jika mereka menjalani ujian mudah seperti glukometer untuk memeriksa kadar gula dalam darah mereka walaupun mereka tidak mempunyai simptom atau gejala kencing manis.
  • Sekiranya mereka berisiko tinggi, perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan pemakanan yang lebih seimbang boleh membantu mereka mengelakkan penyakit kencing manis di masa hadapan.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?