Kulat di Faraj

Bagaimana Diagnosis Penyakit Kandidiasis (Candidiasis)

Baca Soalan

Kandidiasis merupakan jangkitan kulat yang disebabkan oleh yis Candida. Antara pelbagai jenis spesis Candida, Candida Albicans merupakan sebab utama jangkitan ini. Kandidiasis boleh berlaku di beberapa tempat tubuh badan anda. Contohnya di kawasan kelamin, mulut, kulit dan saluran pemakanan.

Oleh itu, anda akan mempunyai simptom-simptom yang berbeza berdasarkan tempat jangkitan anda. Doktor anda akan melakukan beberapa langkah sebelum menentukan diagnosis kandidiasis dan pemberian rawatan anda. Cara mendiagnosis kandidiasis melibati pertanyaan soalan yang berkaitan, membuat pemeriksaan dan melakukan ujian makmal yang berkaitan.

1) Pertanyaan soalan yang berkaitan:

Langkah ini membantu doktor menjana beberapa kemungkinan kepada simptom-simptom anda. Sebelum seseorang mengetahui dia mempunyai kandidiasis, individu tersebut akan mempunyai simptom-simptom yang bertindih dengan jangkitan lain. Contohnya, kandidiasis di pundi kencing akan menyebabkan simptom-simptom seperti kekerapan kencing, sakit semasa kencing dan kencing berdarah.

Simptom-simptom ini juga boleh berlaku kepada jangkitan bakteria di pundi kencing anda. Oleh itu, seseorang doktor juga perlu mengetahui status sistem imun anda, penyakit yang dihidapi terutamanya kencing manis dan penjagaan kebersihan persendirian. Soalan-soalan ini membantu doktor anda menentukan prioriti diagnosa yang telah dipertimbangkan.

2) Pemeriksaan:

Pemeriksaan adalah penting untuk memberikan informasi yang objektif secara visual. Kebanyakkan jangkitan di luaran tubuh boleh dilihat kemerahan dan distribusi. Hal ini boleh memberikan informasi yang bermakna. Bagi jangkitan kandidiasis di kulit, ia boleh memberikan kemerahan, kegatalan, lokasi di bahagian lipat kulit yang lembab dan panas. Bagi jangkitan kandidiasis di mulut pula, ia biasanya menyebabkan formasi wabak putih pada lidah anda. Apabila wabak putih ini dikeluarkan, ia akan menyebabkan kawasan erosif yang kemerahan. Bagi kandidiasis kawasan kelamin wanita, ia akan menyebabkan faraj dan labia yang kemerahan, discaj keputihan yang tebal dan cerviks yang kemerahan.

3) Ujian makmal yang berkaitan:

Langkah ini merupakan langkah terakhir untuk menentukan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan anda. Doktor akan mendapat sampel daripada tempat jangkitan anda untuk menjalani ujian di makmal. Sampel ini akan diambil dengan putik kapas. Bagi kandidiasis di bahagian mulut ataupun kulit, jangkitan ditentukan dengan visualisasi sel-sel kulat kandida di bawah mikroskop. Bagi kandidiasis kawasan kelamin ataupun saluran kencing, kultur kulat Kandida dari air kencing adalah berguna. Candida test kit juga terdapat dalam pasaran kita yang membolehkan anda membuat pemeriksaan sendiri. Anda masih digalakkan mendapat nasihat doktor anda sebelum mendapat sebarang rawatan.

Sekiranya kulat kandida telah dipastikan, maka doktor akan memberikan rawatan yang sesuai kepada anda untuk menghapuskan jangkitan anda. Gambar keputihan karena jamur boleh menjadi petanda pelbagai penyakit dan kerana itu pemeriksaan doktor sangat penting.

Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli

Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?