Bagaimana Demam Malaria Boleh Berjangkit Dan Apakah Kaedah Pencegahannya?

Demam Malaria - Kenali Gejala Dan Penyebab Jangkitan Parasit Oleh Nyamuk
Anonymous

Salam sejahtera doktor, nama saya Nizam dan saya mempunyai soalan berkaitan dengan status kesihatan saya. Dua minggu lepas saya mempunyai kerja yang memerlukan saya pergi ke Sarawak selama empat hari. Selepas saya pulang, saya berasa sihat sahaja dan teruskan kerja seperti biasa. Namun 2 hari lepas saya mula mempunyai gejala seperti demam, menggigil walaupun tidak berapa sejuk dan sakit kepala. Saya cuba mencari jawapan dalam talian melalui Google dan menjumpai beberapa punca yang boleh menyebabkan kondisi saya ini. Yang paling merisaukan saya adalah salah satunya demam denggi dan malaria. Saya ingin tahu doktor adakah boleh saya dijangkiti malaria dalam Malaysia ini? Harap doktor boleh terangkan dengan lebih lanjut. Sekian.

Anonymous
Salam sejahtera doktor, nama saya Nizam dan saya mempunyai soalan berkaitan dengan status kesihatan saya. Dua minggu ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang Encik Nizam ajukan. Berdasarkan keterangan yang encik berikan, gejala-gejala serta sejarah kesihatan ringkas yang saudara jelaskan boleh menunjukkan beberapa punca yang berpotensi menyebabkan kondisi tuan. Antaranya adalah demam denggi, malaria, jangkitan influenza ataupun tuberkulosis. Untuk mengetahui dengan tepat diagnosis yang tuan alami ini, maka maklumat tambahan serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Disini saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai definisi malaria dan penyebab malaria serta cara menangani dan mencegahnya secara terperinci. 

Akhir kata, jangkitan malaria merupakan masalah yang masih aktif di Malaysia walaupun tidak setinggi kes denggi. Langkah pencegahan yang efektif memerlukan penglibatan bermula dengan individu hinggalah kepada peranan masyarakat dalam membasmi nyamuk penyebab malaria ini. Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala dan faktor risiko seperti yang disebutkan, maka jangan bertangguh lagi untuk mendapatkan nasihat doktor!

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang Encik Nizam ajukan. Berdasarkan keterangan yang encik berikan, geja... See More

Apakah penyebab malaria dan ada berapa jeniskah ia di Malaysia?

Definisi malaria adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menyebabkan komplikasi kepada sel darah merah dan organ-organ badan. Cara penyakit malaria berjangkit adalah melalui gigitan nyamuk betina yang membawa protozoa spesis Plasmodium. Di Malaysia terdapat empat jenis jangkitan malaria bergantung kepada jenisnya. Berikut adalah jangkitan yang oleh spesis protozoa ini:

  • Plasmodium Falciparum
  • Plasmodium Vivax
  • Plasmodium Malariae
  • Plasmodium Knowlesi

Walaupun jangkitan ini tidaklah begitu banyak berbanding denggi di Malaysia, ianya tidak harus dipandang ringan. Demam malaria sememangnya menjadi endemik (wabak) di sesetengah negara terutamanya di negara-negara benua Afrika. Di Malaysia, kawasan tompokan panas jangkitan ini boleh dilihat banyak di negeri Sabah dan Sarawak. 

Apakah gejala-gejala dan tanda yang perlu saya awasi sekiranya saya disyaki mendapat demam malaria?

Pada dasarnya simptom-simptom penyakit ini tidaklah begitu khusus untuk malaria sahaja kerana terdapat jangkitan dan penyakit-penyakit lain juga yang boleh memberikan gambaran sakit yang serupa. Gejala jangkitan ini boleh dibahagikan kepada simptom “tanpa komplikasi” dan malaria “dengan komplikasi”. Berikut adalah simptom-simptom awal demam malaria tanpa komplikasi:

  1. Demam panas - suhu pesakit boleh mencecah hingga 41 darjah Celcius dan ini boleh disertai dengan menggigil dan berpeluh yang banyak.
  2. Sakit kepala - jangkitan oleh protozoa ini boleh menyebabkan komplikasi secara langsung ataupun tidak langsung kepada otak yang akan diterjemahkan melalui sakit kepala
  3. Lemah badan - hal ini boleh disebabkan kesan jangkitan akut oleh protozoa ini ataupun disebabkan kesan seperti anemia (kurang sel darah merah).
  4. Sakit otot - gejala ini kerap dilihat pada jangkitan influenza dan demam denggi dan tidak diketahui mengapa pesakit mengalami simptom ini apabila mendapat penyakit malaria. 

Bagaimana doktor membuat diagnosis jangkitan malaria?

Apabila seseorang disyaki dijangkiti oleh protozoa ini, doktor di hospital akan membuat beberapa ujian bagi pengesahan serta bagi tujuan pemantauan pesakit bagi sebarang komplikasi. Ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti:

  • Ujian “Giemsa-stained” filem darah - bagi melihat secara bawah mikroskop organisme penyebab malaria ini. Ianya adalah ujian diagnostik bagi pengesahan malaria.
  • Ujian darah - pelbagai ujian darah mungkin dilakukan seperti “Complete Blood Count”, “ESR”, “ABG” dan lain-lain lagi. Ujian-ujian ini dilakukan memantau perkembangan jangkitan serta tahap pemulihan dan sebarang komplikasi yang boleh disebabkan oleh demam malaria.
  • Ujian G6PD - doktor juga mungkin akan membuat ujian G6PD bagi membolehkan pemberian ubat yang tepat berikutan potensi interaksi ubat anti-malaria dengan sel darah merah pesakit ini. 
  • Kultur darah - ujian ini hanya diambil sekiranya pesakit mula menunjukkan gejala “sepsis” yang boleh membahayakan nyawa.

Bagaimana malaria boleh menyebabkan kematian dan apakah komplikasi jangkitan ini?

Jangkitan penyakit ini boleh mendatangkan mudarat yang teruk jika tidak dirawat dengan awal. Kematian akibat malaria selalunya diakibatkan oleh kegagalan organ-organ utama seperti otak dan paru-paru. Disini adalah contoh komplikasi daripada jangkitan malaria Falciparum:

  • Masalah pernafasan seperti Sindrom Pernafasan Akut (“Acute Respiratory Distress Syndrome”)
  • Gangguan pada otak seperti sawan, koma atau kelumpuhan akibat jangkitan menjangkiti otak
  • Masalah buah pinggang seperti kencing kurang atau kencing berdarah
  • Simptom sistem pencernaan dan hati seperti cirit-birit dan kekuningan
  • Tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan “kejutan”
  • Bacaan gula rendah dan asid dalam darah tinggi

Apakah kaedah rawatan yang boleh pihak hospital berikan sekiranya seseorang sah dijangkiti malaria?

Apabila seseorang sudah mempunyai diagnosis malaria, doktor akan menklasifikasikan jenis malaria serta jika pesakit tersebut mempunyai sebarang komplikasi ataupun tidak. Hal ini penting kerana jika terdapat komplikasi malaria, maka pesakit perlu diletakkan dalam pemantauan rapi hospital. Terdapat pelbagai jenis ubat melawan malaria dan kesesuaian ubat adalah bergantung kepada kondisi pesakit. Antara ubat-ubat anti-malaria adalah seperti:

  • Chloroquine
  • Primaquine
  • Quinine 
  • Artemether 
  • Artesunate

Ubat-ubatan yang disenaraikan diatas adalah beberapa contoh yang digunakan doktor dan kadang kala pesakit mungkin akan diberikan gabungan lebih daripada satu atau dua jenis ubat bagi membendung penyakit malaria ini. 

Apakah langkah-langkah pencegahan yang seseorang boleh ambil?

Cara mencegah penyakit malaria adalah kebanyakkannya serupa dengan langkah pencegahan demam denggi. Antara langkah-langkah pencegahan malaria yang boleh diambil oleh setiap orang adalah:

1) Memastikan tiada tempat untuk nyamuk membiak

  • Buang air bertakung seperti pada pasu bunga dan penutup tong sampah
  • Tutup bekas atau kawasan yang mudah menakung air atau letakkan garam
  • Pastikan tiada saliran air seperti longkang tersumbat dan boleh mengalir dengan lancar
  • Menggunakan semburan racun nyamuk bagi membunuh nyamuk

2) Mengambil langkah pengelakkan gigitan nyamuk seperti

  • Tidur dalam kelambu
  • Menutup tingkap dan pintu sebelum malam
  • Sapu ubat penghalau nyamuk pada badan
  • Memasang ubat lingkaran anti-nyamuk

3) Elakkan melancong atau pergi ke kawasan yang mempunyai kes malaria tinggi (endemik)

4) Mengambil ubat “prophylaxis” sebelum ke kawasan endemik

References