Sulit
4 tahun
2 hari lepas saya dan beberapa rakan telah melakukan swab covid disebabkan contact rapat dengan rakan sekerja.saya nk tahu result swab hanya diberitahu melalui panggilan hanya untuk result positive sahaja ke atau kedua-dua sekali
2 hari lepas saya dan beberapa rakan telah melakukan swab covid disebabkan contact rapat dengan rakan sekerja.saya nk tahu result swab hanya diberitahu melalui panggilan hanya untuk result positive sahaja ke atau kedua-dua sekali.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Untuk pengetahuan anda, tidak kira sama ada keputusan anda positif ataupun negatif, pihak yang berkaitan akan menghubungi anda untuk memberitahu sama ada keputusannya positif atau sebaliknya. Namun sekiranya anda tidak menerima apa-apa panggilan setelah beberapa hari, anda boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami sarankan anda untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan melakukan kuarantin kendiri dan memantau gejala-gejala yang anda alami. Sekiranya anda mendapat gejala, hubungi pihak kesihatan dan tunggu arahan selanjutnya.
Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































