
Sulit
5 tahun
2 tahun lebih tak datang haid . 1 Bulan datang seterlah makan ubat Dan takda semula haid Dan mula Rasa sakit
Hai . Saya mahu bertanya , haid saya memang tidak teratur Dari lahir anak pertama . Lepas 7 tahun saya lahirkan anak ke 2 sekarang usia anak saya sudah 2thn 6bln . Saya mula tidak datang haid selepas bersalin kan anak ke 2 . Pada may 2019 saya chekup untuk tahu masaallah apakah yang saya hadapi tetapi docter kata normal hormone imbalance . Mereka terlah memberkan saya ubat perancang untuk lancarkan haid semula . Dan ianya menjadi Dan saya datng haid selama 17 Hari . Dan selapas itu saya tak datang haid semula Dan ia nya berlarutan hingga skang . Dan skang doc saya dah mula cepat penat sakit bahagian belakang pinggang perut senak seperti sengugut Dan saya mempunyaii selera makan Yang sangat kuat. . kenapa kah ini terjadi doc sbb saya dah tak tahan dengan sakit Yang sye alami skng

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, terdapat beberapa jenis pil perancang untuk keperluan berbeza bagi setiap wanita. Anda kemungkinan mengalami kesan sampingan pil perancang dan memerlukan penukaran jenis atau perubahan dos pil perancang anda.
Antara kesan sampingannya ialah:
- Sakit kepala
- Rasa loya
- Sakit pada payudara
- Naik berat badan
- Pendarahan antara kitaran
- Perubahan kitaran haid
- Kesakitan payudara
- Perubahan emosi
Sekiranya mengalami tanda-tanda berikut, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda dengan segera:
- Sakit perut
- Sakit dada
- Sakit kepala yang teruk
- Penglihatan kabur
- Bengkak atau sakit pada kaki dan paha
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.