Sulit
3 tahun
4 bulan lebih belum datang haid dan 5 hari sudah mengambil pil perancang tp still belum datang haid lagi
Saya merupakan remaja berumur 20 tahun. Sudah 4 bulan lebih sy tidak datang haid dan saya ke klinik untuk cek masalah sy, doktor telah beri saya pil perancang dan sudah 5 hari sy makan pil perancang tersebut tp masih belum datang. hari ke berapa sepatutnya saya akan datang haid lepas mengambil pil perancang tersebut?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
- gangguan hormon yang lain
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Pil perancang merupakan salah satu kaedah rawatan yang boleh diberikan, namun untuk mengetahui sejauh mana ia dapat membantu anda, saya sarankan untuk bertemu dengan doktor anda kembali. Umumnya memerlukan sedikit waktu bagi mengembalikan kadar hormon seperti sediakala. Namun buat sementara waktu, anda boleh cuba:
- lanjutkan pengubatan yang telah diberikan doktor
- mengekalkan berat badan yang ideal
- lazimkan bersenam atau eksesais sesuai kondisi tubuh
- mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
- jauhi faktor yang mencetus stres
- perubahan pola makan seperti:
- jauhi makanan yang rendah karbohidrat & tinggi serat
- tingatkan pemakanan yang tinggi polyunsaturated fatty acid & tinggi kandungan folat
- lemak sayuran
- kacang
- ikan
- nenas
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!