
Sulit
5 tahun
5 bulan selepas bersalin
Saya wanita umur dalam 20an. Saya bersalin pada dec lepas dengan cara vbac untuk anak kedua. Mempunyai sejarah gdm on dc semasa mengandung. Di sini saya ada beberapa soalan.
- Saya memberi “direct breastfeeding” kepada bayi saya sejurus selepas bersalin. Dan setiap kali bayi mula menghisap susu ibu, saya akan berasa mual(1 kali sahaja utk setiap kali feeding)
- Saya sering berasa pening/pusing hampir nak pitam dalam jangka masa yang pendek. Tak kira semasa berdiri atau duduk.
- Haid tidak teratur. Dalam masa sebulan, haid boleh datang 2/3 kali untuk tempoh seminggu. Sampai tak berani nak tinggalkan pad.
Harap semua soalan boleh dijawab. Terima Kasih Doktor!

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, gejala mual boleh disebabkan oleh:
- Faktor hormon (lebih-lebih lagi apabila memberi susu badan dimana hormon oxytocin dan prolaction memainkan peranan)
- Mual juga boleh disebabkan oleh faktor pemakanan, tekanan darah, masalah dehidrasi, masalah kandungan gula dalam darah, masalah pada struktur otak
Hal ini juga memberikan faktor kepada gejala pusing/ pening yang anda alami dimana ianya boleh disebabkan oleh:
- Masalah tekanan darah
- Masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan
- Masalah kencing manis
- Masalah pada otak dimana tekanan dalam otak meningkat
- Migrain
- Perubahan hormon
- Jangkitan
- Vertigo/ BPV
- Masalah pendengaran
- Ubatan
Untuk haid tidak teratur, ianya boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar O&G untuk mendapatkan diagnosis serta rawatan yang paling tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar pilihan anda di sini. Terima kasih.