
Sulit
5 tahun
About std gonorrhea sypilis herpes
Penis dan zakar itching and pain can cure this sick . Abdomen also pain bolehke rawat oenyakit ini. Berterusan selama 7tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sebetulnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara selain STD, seperti:
- Alahan kulit - seperti pada sabun atau kain seluar dalam
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah melakukan persetubuhan
- Jangkitan saluran kencing
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.