Sulit
2 tahun
Ada darah selepas seks
Saya umur 15 tahun saya dah berkahwin saya ingin bertanya around pukul 3 pagi MCM tu saya melakukan seks dan saya bangun pukul 12 tengahari tadi saya dapati ada darah yang banyak dah sekarang darah makin berkurang kenapa yaa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya ia adalah kali pertama anda melakukan hubungan dengan suami anda, kepingan kecil kulit vagina yang disebut selaput dara akan diregangkan dan menyebabkan pendarahan kecil yang boleh berlangsung selama 1 hingga 2 hari. Ini adalah kejadian biasa, bukan penyakit dan tidak berbahaya.
Selain itu, hubungan dengan pasangan juga berupaya menyebabkan kecederaan tisu lapisan faraj menyebabkan pendarahan. Mungkinnya bersama dengan sakit pada kemaluan, tidak berbahaya juga, namun ambil jangka masa yang lebih panjang untuk menyembuh.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.