
anitaasmed
2 tahun
Ada Ketulan di payudara kanan
Sya wanita berumur 39tahun,bila sye periksa payudara kanan…ade ketulan sebesar 3cm…apabila ditekan,ianya x berasa sakit…tp sejak kebelakangan ini,payudara kanan sye tiba2 sahaja akan terasa sakit…boleh dikatakan ianya akan berlaku stiap hari,sakit tersbut tidak lama…dlm beberapa minit,kemudian akan hilang…sye risau doktor,adakah ketulan twrsebut berbahaya,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- fibroadenoma (ketumbuhan tisu yang bukan kanser)
- kanser payudara
- kanser otot pada otot dada
- fat necrosis
Untuk pengetahuan pihak anda, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut memandangkan anda mempunyai kebarangkalian untuk menghidapi beberapa jenis penyakit berbahaya seperti di atas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.