Sulit

24 bulan

Muntah,mual,pening kepala,loya

Saya start period baru ni 19/3 & last period 23/3 esoknya saya bersama dengan suami. keesokkan nya saya pening kepala, mual, loya and muntah muntah,perut cramp tiap malam hampir seminggu

Pagi ni saya try cek upt result negatif, perlu ke saya tunggu lagi seminggu untuk cek upt lagi sama ada saya pregnant atau tidak?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman anda, gejala yang anda alami, jika berlanjutan, boleh menandakan gangguan fisiologi seperti

  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
  • PCOS adalah penyakit yang mengganggu keseimbangan hormon dan metabolik badan & boleh menyebabkan pertumbuhan kista yang memberi gejala sakit perut atau pinggang.

Tanda-tanda kehamilan dan gejalanya adalah seperti yang berikut:

  • Tidak datang haid
  • Mual
  • Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
  • Keletihan
  • Payudara rasa pedih dan membesar
  • Sembelit
  • Kekejangan
  • Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
  • Perubahan emosi atau mood
  • Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
  • Peningkatan berat badan
  • Sakit atau pening kepala
  • Kerap membuang air kencing
  • Kesukaran untuk tidur
  • Pedih ulu hati
  • Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)

Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita dan sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan.

Untuk mengetahui status kehamilan anda, sila lakukan ujian UPT setelah 7-14 hari lewat haid. Anda juga boleh lakukan ujian kehamilan yang lebih tepat di klinik atau hospital.

Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba

  • Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
  • Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
  • Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda

Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_466523577%20copy

AdobeStock_223308475

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)