Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ada masalah apa ? tak period secara normal dan bawah perut sakit

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 2:14 AM

Sulit 29 hari

saya 21 tahun . saya sejak2 ini pernah tak period 2 bulan . dan sekrang ini tak period jugak dalam sebulan . dan leps tu , perut bawah saya sangat sakit . apa sebab gastrik ? atau ubat ubatan ? rasa sangat sakit nak berdiri tak boleh tahan lama .

Dr Sashini Seeni 29 hari
General Practitioner

Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:

  • Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 02:14:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19