Sulit

3 tahun

Ada sel darah merah dlm air kencing

Sy ingin bertanya…sy wanita berusia 49 thn, memgambil ubat darah tinggi (amlodiphine), kalsium dan vit d utk rawatan lutut. 10/12 sy telah menjalani pemeriksaan urine di hospital dan mendapati urine protein - trace dan red blood cell - 200… Dr kata ada darah dlm urine yg maybe disebabkan tahan kencing atau batu karang… Dr bagi Utix utk rawatan… apakah bahaya atau tidak dan sejauh mana bahaya lah situasi ini? Sy akan ulang urine test pd jun 2021

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu darah dalam air kencing. Perkara ini boleh disebabkan oleh masalah berkaitan dengan buah pinggang atau bahagian lain dalam sistem saluran air kencing , seperti:

  1. Kanser pundi kencing / kanser buah pinggang
  2. Jangkitan terhadap buah pinggang, pundi kencing, prostat atau urethra
  3. Inflamasi terhadap buah pinggang (glomerulonephritis), pundi kencing, prostat atau urethra
  4. Kecederaan terhadap buah pinggang atau pundi kencing
  5. Batu karang di buah pinggang atau pundi kencing
  6. Penyakit buah pinggang selepas sakit tekak (‘post-streptococcal glomerulonephritis) – penyebab kepada kencing berdarah dalam kalangan kanak-kanak
  7. Kegagalan buah pinggang
  8. ‘Polycystic kidney disease’
  9. Prosedur saluran kencing seperti ‘catheterization’, proses berkhatan dan biopsi buah pinggang.

Mengenai bahaya atau tidak, punca daripada masalah ini perlu diketahui terlebih dahulu selain bergantung kepada faktor lain seperti seberapa cepat masalah ini ditangani. Jika tiada penyebab yang dapat dikesan ketika penilaian awal melalui ujian air kencing, anda mungkin dinasihatkan untuk datang ke hospital untuk rawatan susulan termasuklah ujian air kencing dan pengawalan tekanan darah setiap 3-6 bulan, terutamanya jika anda mempunyai faktor risiko untuk kanser pundi kencing seperti berumur 50 tahun dan ke atas, merokok atau terdedah kepada bahan kimia industri yang tertentu. Buat masa sekarang, jalani kehidupan seharian anda dengan pemakanan yang seimbang, cukup rehat, dan senaman yang rutin.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

AdobeStock_130255101

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)