Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah ini tanda covid-19

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 12:19 PM

boykun86 4 bulan

Batuk, pernafasan kadang2 sesak, sakit di dada, dengupan jantung laju & tapak kaki berasa sakit apakah tanda ini?

Dr Ramzdhan 4 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:

  • Anemia - kurang darah merah
  • Penyakit Asma
  • COPD: Masalah paru-paru sempit
  • Penyakit TB
  • Alahan
  • Penyakit jantung koronari

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:

Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 12:19:08 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Baru pulang dari kedah. Adakah perlu buat saringan covid19 Hi doctor… Sy ingin bertanya… Sy baru pulang dari kedah dan perlis ketika raya haji… Saya menetap di johor… Adakah patut sy ke pusat kesihatan untuk membuat saringan covid 19…terima kasih Baca lagi...
46 hari
Sulit
Mengalami batuk berkahak sejak dua hari lepas. Tetapi tidak teruk. Hanya batuk ringan. Apakah ada kaitan dengan covid. Baru pulang dari bercuti di Perlis tetapi bukan dari kawasan temco.mohon penjelasan Salam sejahtera doc Saya bimbang saya mengalami batuk berkahak tetapi tidak teruk…cuma rasa seperti batuk yang tidak puas. apa yang membimbangkan saya bercuti di Perlis baru-baru ini. Tetapi bu… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Sakit tekak susah menelan hello, saya brumur 19 tahun. pda 15/7 saya kluar rmh brjln2 dgn kwn. bila balik saya x mandi sbb trtdr. wktu jln klau x silap, saya ada trkena hujan. bila bgn malam, saya ms rsa sihat tp bila bg… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Saya mengalami batuk tak berkahak, badan panas dan hidung berair selepas pulang bercuti di bangi pada hari sabtu yang lalu. Saya risau jika ini merupakan simptom Covid-19 Saya wanita berusia 21 tahun mengalami batuk tak berkahak, badan panas dan hidung berair selepas pulang bercuti di bangi pada hari sabtu yang lalu. Saya risau jika ini merupakan simptom Covid-19… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Hidung tersumbat tapi tidak selsema Hidung Saya tersumbat tapi tidak selsema and Saya lenguh badan Dan sakit tekak…pa sebabnya pasal hidung Saya Dan adakah Saya ada symptoms covid Baca lagi...
50 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15