
Anonymous
2 tahun
Adakah miss V berdarah akan menyebabkan kehamilan?
Saya dan suami saya baru sahaja bernikah 3bulan yang lalu… Saya terkejut apabila nampak miss v berdarah apabila melakukan percintaan… Adakah itu akan menyebabkan kehamilan tnpa tidak mepancut kan sperm kedalam miss v? Dan adakah pengambilan pil perancang berhasil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas perhubungan seks. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.