
Sulit
5 tahun
Adakah miss v gelap itu normal?
hi Dr. sy berumur 27 tahun belum berkahwin.dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga.sy ada masalah miss v gelap.adakah itu normal?atau ada cara untuk memutihkannya?sy byk tengok produk online tp risau jika ade side effect.masalah ni buat sy kurang keyakinan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, warna kulit kemaluan gelap boleh disebabkan:
- Warna normal kulit - bagi wanita berkulit sawa matang atau gelap
- Kesan menggaru
- Kesan jangkitan kuman
Anda tidak disarankan menggunakan apa-apa produk yang dijual secara online yang tidak mendapat status sah Kementerian Kesihatan Malaysia kerana produk-produk ini boleh menyebabkan komplikasi seperti cecair putih dari faraj, kegatalan, melecet serta jangkitan kuman jika produk mengandungi steroid. Sekiranya anda tidak mempunyai gejala lain pada kemaluan dan berasa risau akan warna kulit kemaluan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.