
Sulit
4 tahun
Adakah normal payudara wanita awal 20’an semakin mengecil?
Saya wanita 20’an. Sebelum ini berat badan saya adalah 56kg/55kg dan sekarang telah susut kepada 51kg/52kg. Namun begitu, saya mendapati payudara saya semakin mengecil secara mendadak dari size sebelumnya. Maafkan jika pengetahuan saya salah, namun saya berpendapat bahawa jika berat susut 3kg/4kg tidak mungkin akan membawa impak besar kepada badan saya. Adakah ia normal dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap wanita mempunyai sistem metabolisme yang berbeza. Ketika berat badan anda menurun, sel lemak dalam payudara anda mungkin juga telah mengecut. Betapa nyata anda kehilangan saiz payudara anda bergantung kepada sistem badan anda. Wanita yang lain mungkin tiada impak ke lemak di payudara kerana mereka kehilangan lemak di tempat yang lain dahulu. Oleh itu, ia adalah perkara yang normal untuk anda alami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.