
Jihan
6 tahun
Adakah penyakit tiroid dan anemia berkait?
Berumur 33 thn .telah membuang sebelah kanan tiroid .setelah 10 thn tiroid sebelah kiri membengkak.sy juga menghidapi anemia.adakah dua penyakit ini berkait

6 tahun
Salam. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Oleh sebab saya tidak ada informasi lain tentang kondisi anda, saya hanya boleh meramalkan bahawa penyakit tiroid dan anemia anda berkemungkinan adalah saling berkaitan. Kedua-dua penyakit tersebut juga mungkin tidak berkaitan langsung.
Hormon tiroid didapati berperanan dalam mempercepatkan penghasilan sel-sel darah merah manakala anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi boleh mempengaruhi tahap hormon tiroid. Penyakit tiroid boleh menyebabkan pelbagai jenis anemia.
Anemia yang berlaku dalam kalangan pesakit hypothyroidism boleh disebabkan oleh sumsum tulang yang kurang aktif, kekurangan hormon untuk penghasilan sel darah merah, serta kekurangan zat besi, vitamin B12 dan folate yang mungkin berlaku. Sebaliknya, anemia dalam kalangan pesakit hyperthyroidism boleh berpunca daripada perubahan dalam metabolisme zat besi dan tekanan oksidatif. Jika penyakit tiroid anda bersifat autoimun, anda juga berkemungkinan menghidapi penyakit autoimun yang lain yang boleh menyebabkan anemia. Selain daripada penyakit itu sendiri, anemia juga boleh berpunca daripada ubat-ubat tiroid. Antara contoh ubat ini ialah propylthiouracil dan carbimazole.
Jika kedua-dua kondisi anda didapati tidak berkaitan, ujian-ujian lain diperlukan untuk mencari punca anemia anda supaya rawatan yang berkesan boleh diberikan.