Hannan

5 tahun

Adakah pil Noriday sesuai untuk breasfeed dan boleh menyebabkan gemuk?

Selamat pagi. Nak tanya pil perancang Noriday sesuai tak utk breastfeed dan adakah pil ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan gemuk?

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.

Pil Noriday berkesan dengan bertindak pada reseptor dalam badan dan meniru kesan hormon semulajadi. Fungsi lain pil ini selain kontraseptif ialah:

• Mencegah pendarahan yang tidak normal
• Merawat gejala sindrom pra-haid seperti kesakitan payudara, sakit kepala, migraine, pengekalan air dan gangguan mood
• Merawat haid yang meyakitkan atau pendarahan yang berlebihan
• Jenis kanser payudara tertentu
• Memberhentikan haid
• Terapi penggantian hormon menopaus

Untuk menjawab soalan anda, salah satu kesan sampingan ialah kenaikan berat badan. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ubat ini mungkin boleh menjejaskan individu dengan cara yang berbeza. Anda dinasihatkan berjumpa pakar wanita anda sebelum memulakan ubat ini selepas membincangkan kesan sampingan dengan teliti.

Noriday ialah pil perancangan yang selamat dan boleh diambil oleh kebanyakan wanita. Pil ini selama digunakan oleh wanita yang menyusu badan juga. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kontraindikasi untuk ubat ini. Antaranya ialah, sejarah kanser payudara atau kelamin, pengguguran, pembekuan darah, sawan, migraine, asma, kemurungan dan kencing manis. Anda tidak patut mengambil ubat ini tanpa preskripsi doktor. Dapatkan nasihat pakar wanita anda dan buat pemeriksaan sepenuhnya sebelum memulakan ubat pil perancang ini.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hi. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Noriday adalah pil perancang progestin sahaja. Ia juga dikenali sebagai ‘pil mini’. Ia menyebabkan perubahan dalam ketebalan lendir dalam serviks dan lapisan rahim yang menghalang ovulasi dan implantasi telur yang disenyawakan. Sekiranya diambil dengan betul, ia 99% berkesan sebagai pil perancang keluarga.

Pil ini boleh digunakan oleh wanita yang tidak boleh menggunakan pil perancang keluarga yang mengandungi estrogen. Anda boleh mengambil pil ini jika anda berusia 35 tahun dan ke atas serta jika anda merokok. Anda mesti mengambil pil progestogen pada masa yang sama setiap hari. Anda boleh memulakan pil progestogen pada bila-bila masa dalam kitaran haid anda. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang pendek, anda akan memerlukan kontrasepsi tambahan, seperti kondom, sehingga anda telah mengambil pil selama 2 hari. Jika anda terlupa mengambil pil progestogen sahaja, apa yang perlu anda perlu mengambil pil sebaik sahaja anda ingat dan ambil baki pil seperti biasa.

Penggunaan Noriday ketika meyusu adalah selamat untuk bayi anda. Jumlah kecil progestogen boleh masuk ke dalam susu ibu, tetapi ini tidak membahayakan bayi anda. Ia tidak menjejaskan cara susu ibu dihasilkan… Jika anda mengandung ketika mengambil ubat ini tanpa disedari, tidak ada bukti bahawa pil itu akan membahayakan bayi anda. Dapatkan nasihat perubatan jika anda mengalami kesakitan tiba-tiba atau luar biasa di perut anda, atau jika tempoh kitaran haid anda lebih pendek daripada biasa. Saya sarankan anda berjumpa doktor anda untuk membincangkannya dengan lebih lanjut.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda.

Noriday adalah ubat perancang yang hanya mengandungi hormon progesterone sahaja. Ia juga adalah ubat perancang yang selamat digunakan oleh ibu yang menyusu anak mereka. Terdapat beberapa kebaikan apabila menggunakan ubat perancang ini seperti ia adalah amat mudah digunakan dan ia juga boleh mengurangkan rasa sakit pada waktu menstruasi ,mencegah anaemia akibat kekurangan zat besi., dan mengurangkan kemungkinan infeksi pinggul dan kehamilan Ektopik serta mengurangkan risiko kanser ovarium.

Selain mini pill, anda juga boleh mengamibil pil perancang lain yang juga mengandungi estrogen sekiranya anda boleh mengambil hormone estrogen. Pil kombinasi mengandungi hormon bentuk sintetik (buatan manusia) estrogen dan progestin dan terdapat 3 jenis pil perancang.Pertama, pil monofasik dan ini digunakan dalam kitaran satu bulan dan setiap pil aktif memberi anda hormon yang sama. Semasa minggu terakhir kitaran haid anda, anda akan mengambil pil tidak aktif dan ini boleh membantu anda mempunyai period anda secara teratur.

Kedua, pil multifasik dan ini digunakan dalam kitaran satu bulan dan menyediakan tahap hormon yang berbeza semasa kitaran. Semasa minggu terakhir kitaran haid anda, anda akan mengambil pil tidak aktif (pill kosong) dan ini boleh membantu anda mempunyai period anda.Ketiga, pil kitaran yang dilanjutkan dan ia biasanya digunakan dalam kitaran 13 minggu. Anda mengambil pil aktif selama 12 minggu, dan pada minggu terakhir kitaran, anda mengambil pil tidak aktif dan anda akan datang haid.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)