Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah pil postinor berkesan mengelakan kehamilan dari berlaku

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 12:18 PM

Sulit 11 bulan

Hi, sya berumur 27 tahun dan baru2 ini saya telah mengambil pil postinor 2 yg pertama sebaik saja selepas bersetubuh…pil yg kedua sya amek 12jam selepas pil pertama, selepas beberapa hari sya dapati ada cecair kuning yg pekat keluar dari kemaluan, adakah itu kesan dari pil postinor?

Dr Ramzdhan 11 bulan
General Practitioner

Hi. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Untuk makluman anda pil Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia perlu diambil sebanyak 2 biji dan digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.

  • Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.

  • Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid. Haid lewat anda mungkin disebabkan kesan sampingan pil tersebut.

Cecair keputihan dan kekuningan tersebut bukanlah kesan sampingan pil tersebut. Ia mungkin disebabkan perkara berikut.

  • jangkitan kulat candida
  • air mani pasangan
  • jangkitan kelamin

Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 12:18:04 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19