
Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil walaupun result UPT negative
Hai salam saya berasal dari sabah, kini sdg merancang utk dapatkan anak pertama,selepas kawen saya dan suami ingin segera dptkan anak secepat mungkin disebabkan umur saya kini 38 tahun, haid saya memang teratur dan haid pertama saya dtg adalah pada 22 april 2021 dan kini saya binggung sebab darah haid saya tidak seperti biasa iaitu tidak banyak seperti biasa, saya ada baca yg kemungkinan saya mengalami tanda2 hamil kebiasaan hamil muda akan ada bercak darah yg tidak memenuhi pantyliner,dan saya memgalami kram perut yg ringan tidak seperti haid sebelum kram perut agak teruk,tetapi warna darah bukan merah coklat seperti mana yg saya ada baca lebih kepada merah terang, dan saya cuba buat test UPT sbb kalau dikira saya sudah lewat haid 4 hari cuma saya keliru darah yg keluar itu adakah darah haid atau tidak… sbb tidak byk dan tidak memenuhi pantyliner, dan keputusan UPT ada negative bermaksud saya tidak hamil, adakah saya hamil walaupun negative dan mengalami sedikit pendarahan atau tidak Dan apa kah patut saya buat adakah saya perlu tgu Beberapa hari lg utk buat UPT sblm ke klinik?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Bagi mengesahkan kehamilan seseorang, anda bopleh melakukan ujian UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.