
camys78
5 tahun
Adalah saya sudah monopos
Saya berusia 41 thn …mengalami masalah sudah 3 bulan tidak dtg haid …haid pertama saya pada usia 13 thn …soalan saya adakah Saya mmg sudah monopos atau apa yg saya lalui skrg adalah normal utk usia 41 thn ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Menopause berlaku apabila tiada darah haid yang tiba bagi seseorang wanita selepas 12 bulan dan ia tidak disebabkan oleh penyakit. Secara purata, umur bagi seseorang wanita untuk mencapai menopause adalah dalam lingkungan 51 ke 52 tahun. Sebelum menopause berlaku, terdapat tempoh selama 3-4 tahun dimana tubuh seseorang wanita itu mengalami perubahan. Ia digelar sebagai fasa perimenopause.
Terdapat pelbagai pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Menopos
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Oleh sebab anda sudah berusia pertengahan 40-an, anda berkemungkinan mengalami menopos. Menopos merupakan kondisi di mana haid anda akan beransur-ansur menjadi tidak teratur dan akhirnya akan berhenti. Menopos merupakan proses fisiologi yang biasa untuk kaum wanita.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.